







# PENTADBIRAN PUSAKA
# HIBAH
# AMANAH

YANG DIPERCAYAI

# PENGALAMAN DIGITAL
# NASIHAT PERCUMA
# 1-STOP CENTRE
# EFEKTIF & EFISIEN


LEGASI ANDA, AMANAH KAMI

URUSAN PUSAKA YANG LEBIH EFISIEN

Pengumuman: Penamatan Perkhidmatan
Sukacita dimaklumkan bahawa Encik Zaki Mohd Amin tidak lagi berkhidmat dengan Rakyat Trustee Berhad berkuat kuasa 17 November 2025.
Sebarang urusan berkaitan dengan tugas atau tanggungjawab beliau boleh dikemukakan terus kepada Cik Afryna Zakira / Eksekutif IT di afryna.zakira@rakyattrustee.com / 011-37998832.
Kami mengucapkan terima kasih atas sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan di syarikat.
Kami Pelindung Legasi Anda, Digital Amanah Yang Dipercayai
Rakyat Trustee Berhad (RTB) ialah Syarikat Amanah diperbadankan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949, dengan pasukan profesional berpengalaman dalam industri perwarisan. Sebagai peneraju Perancangan Harta Pusaka secara digital di Malaysia, kami menggabungkan kepakaran undang-undang, Syariah, dan teknologi moden untuk melindungi legasi dan pewarisan anda.
Kami menawarkan penyelesaian menyeluruh termasuk perkhidmatan utama kami iaitu Wasiat, Hibah, Amanah dan Pentadbiran Pusaka dengan proses yang efisyen, pantas, telus, dan mudah diakses.
Dengan RTB, anda bukan sekadar merancang harta anda tetapi membina masa depan yang terjamin untuk waris anda.
KENAPA MEMILIH RTB ?
Harga Mampu Milik
Produk & perkhidmatan kami ditawarkan pada harga berpatutan, mampu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia, dengan pilihan bayaran yang mudah serta fleksibel.
Teknologi Digital
Pendaftaran produk & perkhidmatan RTB kini lebih pantas, efisien dan selamat dikuasakan dengan teknologi digital.
Pusat Khidmat Setempat
Rakyat Trustee Berhad (RTB) ialah Pusat Sehenti (1-Stop Center) bagi produk & perkhidmatan pewarisan dengan menawarkan solusi lengkap, efisien dan dipercayai untuk semua rakyat Malaysia.
Pengalaman & Efisien
Kumpulan profesional RTB terdiri daripada pakar berpengalaman luas dalam industri amanah, pengurusan pewarisan, perbankan dan kewangan serta memastikan setiap perkhidmatan diberikan dengan kepakaran, ketelitian dan integriti tertinggi.
SOLUSI & PERKHIDMATAN KAMI
Penyelesaian Menyeluruh untuk Wasiat, Pusaka, Hibah dan Amanah
Kami menyediakan perkhidmatan utama kami iaitu perancangan dan pentadbiran pusaka yang profesional, cekap dan mampu milik, sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Dengan sokongan teknologi digital terkini, urusan pewarisan kini lebih mudah, pantas dan selamat tanpa kerumitan.
✅ Lindungi waris anda
✅ Elakkan pertikaian keluarga
✅ Pastikan legasi anda diurus dengan teratur
Ribuan pelanggan telah memilih kami sebagai syarikat amanah utama mereka.
Kini giliran anda.
📞 Hubungi kami hari ini untuk perundingan percuma dan mulakan langkah bijak merancang pewarisan anda.
Penulisan Wasiat
Ikrar semasa hidup untuk melantik Wasi dan mengagihkan harta selepas kematian mengikut hukum syarak, bagi memastikan pewarisannya diuruskan dengan adil dan teratur.
Pentadbiran Pusaka
Proses mentadbir, mengurus dan mengagihkan harta si mati kepada waris yang berhak, mengikut undang-undang dan/atau hukum syarak yang ditetapkan.
Hibah
Akad yang mengandungi pemberian milik seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain semasa hidupnya tanpa balasan.
PERTAMA DI MALAYSIA Secara ATAS TALIAN SEPENUHNYA Anjuran Bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) & Rakyat Trustee Berhad (RTB)
Tingkatkan pengetahuan dan kemahiran anda dalam bidang pengurusan pewarisan harta pusaka melalui Kursus Micro-Credential Profesional yang dirangka khas untuk orang awam, agen, konsultan dan individu yang ingin menjadi pakar yang profesional dalam bidang ini.
- BELAJAR SECARA ATAS TALIAN - Akses fleksibel — bila-bila masa, di mana jua.
- DIIKTIRAF UTM - Sijil profesional yang dikeluarkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membuktikan kelayakan anda.
- MODUL PRATIKAL & KOMPREHENSIF - Direka berdasarkan keperluan industri dan pengalaman sebenar dalam pentadbiran & pengurusan pusaka.
- YURAN BERPATUTUAN - Pelaburan ilmu yang mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.
Daftar Sekarang:
Klik di sini untuk pendaftaran & maklumat lanjut
Rakyat Trustee Berhad , Meneraju Pewarisan Digital, Menyemai Ilmu Secara Digital.
RM65 Bilion Harta Pusaka Terkandas – Kerugian Besar Akibat Tiada Perancangan
Tahukah anda?
Di Malaysia, lebih RM65 bilion aset dan wang milik si mati masih gagal diserahkan kepada waris kerana ketiadaan perancangan pewarisan.
📌 Fakta Mengejutkan:
RM500 juta wang tunai terbeku
RM60 bilion hartanah di bawah kawalan Pejabat Tanah & Galian (PTG)
RM4.5 bilion Wang Tidak Dituntut (WTD) dalam simpanan Jabatan Akauntan Negara (JAN)
Lebih membimbangkan, hanya 5% rakyat Malaysia (1.7 juta daripada 34 juta penduduk) yang membuat perancangan pewarisan. Akibatnya, harta bernilai tinggi ini terbeku dan tidak dapat dimanfaatkan oleh waris yang berhak.
Jangan biarkan legasi anda terkandas.
Rancanglah pewarisan harta anda hari ini bersama Rakyat Trustee Berhad – Pelindung Legasi Anda, Digital Amanah Yang Dipercayai.
ADAKAH ANDA SEDAR?
Harta pusaka yang TIDAK DITUNTUT & TIDAK DIURUSKAN kini telah mencapai angka yang amat mengejutkan, iaitu sebanyak RM90 BILION
Ia lebih mengejutkan! 90% daripada RM90 Bilion ini adalah hak milik orang ISLAM, khususnya MELAYU (Utusan Malaysia, 11/9/2021).






Harta yang terbiar & beku TIDAK DAPAT MENJANA EKONOMI Ummah & Negara. Para waris juga menghadapi KEBUNTUAN dan BEBAN EMOSI yang berpanjangan
Adakah anda mahu waris yang anda tinggalkan selepas kematian menghadapi situasi ini?
Jangan biarkan harta anda menjadi beban kepada ahli keluarga, lebih-lebih lagi dengan kenaikan KOS GUAMAN yang kini MENCECAH 400%. SEGERA laksanakan Wasiat, Hibah dan Amanah untuk memastikan HARTA ANDA DIURUSKAN DENGAN ADIL dan DILINDUNGI SEPENUHNYA.






Sebahagian Daripada Lebih 10,000 Pelanggan Yang Mempercayai Kami
Solusi & Komitmen Kami, Inspirasi Untuk Anda
Kami bangga menjadi pilihan rakyat Malaysia dalam perancangan pusaka, pengurusan wasiat, hibah, dan amanah
KEMUSYKILAN ANDA
RTB sedia menjawab
Perancangan manusia itu suatu USAHA, Perancangan ALLAH itu adalah TAKDIR.
Terima kasih kerana berminat dengan produk dan perkhidmatan Rakyat Trustee Berhad.
Selepas anda mengisi borang khidmat NASIHAT PERCUMA di laman web rasmi kami, Pegawai Rakyat Trustee Berhad akan menghubungi anda melalui aplikasi whatsApp / panggilan telefon untuk menetapkan tarikh dan masa temu janji (atas talian atau bersemuka).
RTB memberi khidmat nasihat ini secara PERCUMA melalui kaedah online (ZOOM Meeting) atau secara bersemuka.
Proses penyediaan dokumen lazimnya mengambil masa 7 hingga 8 hari bekerja (selepas pihak Rakyat Trustee Berhad menerima dokumen lengkap) beserta pembayaran daripada pemohon.
*Tempoh masa ini tergantung kepada jenis produk yang dipilih (WASIAT, PENGURUSAN PUSAKA, HIBAH, AMANAH)
1) Maklumat peribadi pemohon serta salinan kad pengenalan (MYKAD) atau salinan passport (bukan warganegara) atau pemohon boleh menyediakan MYKAD untuk melalui proses eKYC secara ‘live’.
2) Senarai aset-aset & hutang-hutang pemohon.
3) Pernyataan hasrat pemohon berkaitan kaedah pengagihan (Wasiat, Pusaka) beserta maklumat penerima (benefisiari).
4) Melantik RTB sebagai wasi yang akan bertanggungjawab menguruskan hutang, harta pusaka dan mengurus proses pelaksanaan.
5) Melantik penjaga harta (bagi anak bawah umur).
6) Proses perancangan harta ini akan diselia sepenuhnya dengan teliti oleh Rakyat Trustee Berhad.
Individu beragama Islam terutamanya perlu membuat wasiat (walaupun ada hukum faraid) kerana dengan adanya wasiat akan dapat memastikan PENTADBIRAN & PENGAGIHAN harta pusaka dilaksanakan dengan lebih cepat dan lancar selepas seseorang meninggal dunia.
Ramai orang Islam menyangka bahawa harta mereka akan diagihkan terus kepada waris mengikut faraid setelah mereka meninggal dunia. Ia satu sangkaan yang kurang tepat, dimana terdapat banyak kes dan isu harta orang mati yang tidak dapat diagihkan kepada waris dengan pelbagai alasan dan faktor rumit.
Tanpa Wasiat, pengagihan harta pusaka boleh memakan masa 2 hingga 5 tahun atau lebih, bergantung kepada kerumitan kes.
Di samping itu, jika ada kemelesetan, ini boleh memberi kesan besar kepada nilai harta pusaka anda. Bagi aset yang sensitif masa seperti pegangan saham, nilainya mungkin susut sebaik sahaja pemilikan sah bertukar tangan kepada mereka yang tersayang.
RAKYAT PREMIUM























Hubungi Kami Sekarang :
Email: admin@rakyattrustee.com
Hotline: 03 2602 2722
PERLUKAN
NASIHAT PERCUMA ?
KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA !
Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkaitan Wasiat, Pentadbiran Pusaka, Hibah atau Amanah, Hubungi Kami Segera !!.
📩 Isi borang di laman web ini, dan pasukan kami akan membantu anda dengan nasihat profesional secara PERCUMA.
